.

Monday, May 3, 2010

Ulser Punca Tiada Mood


Saya terbaca Kelat tanya petua kalau sakit ulser mulut ( mata ikan atau lompangan ). Saya pasti ramai orang akan mengalami sakit ini sekurang² sekali dalam hidup. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun teramatlah sakit dan pedih ( nak makan pun tak der selera ) ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.

Selalunya tanda² penyakit ini adalah bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Rasa sakit terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Sebab² ulser mulut terjadi tidak diketahui dengan jelas tetapi sering juga terjadi kerana kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.

Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk menghilangkan kesakitan akibat ulser mulut antaranya jangan makan makanan yang terlalu pedas, minuman berasid, guna antiseptik untuk berkumur, minum air dengan banyak , letakkan ketulan air di tempat yang sakit dan letak gel untuk ulser – Bonjela.

Petua Saya : Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.

Amaran : Petua ini tidak berkesan sekiranya anda menelan asam keping tersebut seperti anda menelan pil penahan sakit!

No comments:

Post a Comment