.

Monday, May 3, 2010

Today News




Ku Bukan Aku, bukan sahaja memberi laluan mudah kepada kumpulan anak muda yang menggelarkan diri sebagai TILU, namun kemunculan mereka memberikan nafas baru kepada muzik yang didominasi jaluran pop. Memperjuangkan muzik yang lebih santai dan groovy, Tilu tekad memperkaya muzik arus perdana dengan bunyian alat muzik berasaskan fusion dan eksperimental jazz.


"Kami memang peminat muzik jazz dan banyak terlibat dengan scene indie sebelum ini. Mungkin peminat belum biasa dengan rentak muzik sebegini, dan menjadi tugas kami mendidik masyarakat dengan hasil karya yang diwarnai dengan alatan muzik seperti saksofon dan flugelhorn yang sebelum ini terhad kepada scene tertentu.

"Visi kami lebih kepada mencari kepuasan dalam berkarya dan kebanyakan lagu di dalam album terbaru inspirasi daripada anggota kumpulan dan diterjemahkan Puja (pemain bass) ke dalam bentuk lagu," ujar Johar Lucas yang juga sepupu kepada trio KRU.

Dianggotai Mira (vokalis), Johar Lucas (dram), Puja Paska (bass), Bajai (keyboard), Kibas (gitar), Daus (trumpet), Fareed (flugelhorn) dan Jeff (saksofon), Tilu diambil dari bahasa Sunda yang membawa maksud tiga, gabungan daripada anggota yang berasal daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan juga Indonesia.

"Asalnya Tilu adalah band Indonesia yang dianggotai Johar, Puja dan Bajai. Kemudian, kami bertemu dengan lima anggota lain yang berasal dari Malaysia. Susah juga nak bentuk keserasian bila ada lapan orang dalam satu band. Tapi kami percaya komunikasi penting untuk elakkan perselisihan. Kami respect muzik dan dari situ kami bina chemistry sesama sendiri.

"Senang untuk sasarkan bangsa serumpun kerana kita gunakan satu bahasa yang sama. Dan mungkin dengan ini lebih mudah sekiranya kami ingin mengembangkan sayap ke Indonesia, Brunei dan Singapura. Target kami untuk membawa muzik Jazz ke era baru seperti yang dilakukan Datuk Sheila Majid," tambah Johar.

No comments:

Post a Comment